FAKULTI PENGURUSAN KEWANGAN

Diploma Kewangan Islam / Diploma In Islamic Finance

MQA/PA14820|JPT/BPP(K) 1000-600/M419 Jld. 3 (10) N/343/4/0288

PENGENALAN

Program Diploma Kewangan Islam direka untuk memperkenalkan pelajar kepada sistem kewangan berasaskan Syariah yang kini merupakan salah satu elemen yang paling pesat berkembang dalam perkhidmatan kewangan global. Program ini juga memberi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fiqh Muamalat, Ekonomi dari Perspektif Islam, Takaful, Pengurusan Risiko dalam kewangan Islam, Perakaunan Institusi Kewangan Islam, Tadbir Urus Korporat dalam Institusi kewangan Islam.

Di samping itu, pelajar juga akan akan mempelajari Matematik Perniagaan, Aplikasi Komputer, Statistik, Keusahawanan, dan Asas Perakaunan untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka dalam aspek komunikasi dan kemahiran insaniah. Sebagai program yang menekankan pembelajaran kendiri dan kemahiran secara hands-on, graduan dari program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan persaingan dalam dunia kewangan Islam.

SYARAT KEMASUKAN

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) KEPUJIAN dalam mana-mana subjek

DAN

LULUS : Matematik & Sejarah

Tempoh Pengajian

  • Sepenuh Masa
  • 2.5 Tahun ║ 5 Semester

Peluang Kerjaya

  • Penolong Pegawai Akaun
  • Pembantu Eksekutif Perakaunan
  • Penolong Juruaudit Kewangan Islam
  • Penolong Perunding Takaful
  • Penolong Setiausaha Syarikat
  • Penolong Pegawai Bank Islam

Peluang Pendidikan Tinggi

  • Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam, UA / IPTS
  • Mana-mana bidang yang berkaitan dengan pentadbiran perniagaan dan sains pengurusan di UA / IPTS.

STRUKTUR PENGAJIAN​

TAHUN 1

  • Fundamental of English
  • Bahasa Kebangsaan A
  • Principles of Management
  • Bahasa Arab Muamalat
  • Fundamentals of Islamic Finance
  • Islamic Economy System
  • Pengajian Malaysia 2
  • Co-Curriculum
  • Contract in Islamic Finance and Banking
  • Fundamentals of Islamic Finance
  • Usul Fiqh
  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Islamic Financial Management

 

TAHUN 2

  • Moral & Etika Dalam Kehidupan Masyarakat di Malaysia
  • Computer Applications
  • Principles of Accounting
  • Business Mathematics
  • Islamic Theology
  • Fiqh Muamalat
  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Business Statistics
  • Research Methodology
  • Fintech in Islamic Finance
  • Islamic Capital Market
  • Fundamentals of Islamic Finance
  • Risk Management
  • Islamic Banking Operation

TAHUN 3

  • Fundamentals of Entrepreneurship
  • Islamic Wealth Management
  • Takaful and Insurance
  • Islamic Accounting
  • Principles of Accounting
  • Halal Management
  • Project Paper
  • Research Methodology