Permohonan Program Diploma Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) Sesi 2024 / 2025  Kini Dibuka!

LATAR BELAKANG MiCoST

Micost – Melaka International College of Science & Technology, merupakan sebuah institusi pengajian tinggi Kerajaan Negeri Melaka , MIlik Penuh Yayasan Melaka. Ditubuhkan pada tahun 2006. Lokasi kampus bertempat di Wisma Yayasan Melaka, BLOCK C, Lot 925, Jalan Hang Tuah, 75300, Melaka. Micost juga merupakan IPT yang menjalankan program Bersekutu (usahasama) dengan UITM sejak tahun 2006 lagi. Selama 14 tahun ini MiCOST telah melahirkan ramai graduan yang berkualiti didalam pelbagai sektor dan menawarkan 18 program peringkat Diploma & Pra Diploma pada masa ini. Diiktiraf oleh MQA , KPM & JPA. 

PROGRAM USAHASAMA UITM & CUCMS

Program usahasama ini membawa maksud program-program Diploma yang ditawarkan dari campus induk UITM & UOC dilaksanakan pembelajarannya di MiCOST. Bagi pelajar yang mengkuti Program Diploma & Pra Diploma UITM, Pelajar akan memperolehi kad metrik UITM serta boleh menggunakan kemudahan pelajar di campus induk UITM. Cuma perbezaan pelajar ini dengan pelajar universiti awam yg lain adalah lokasi kampus pembelajaran sahaja.

Program ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang ingin belajar di universiti awam tetapi gagal mendapatkan tempat kerana had minimum yang disyaratkan oleh institusi tersebut amat terhad serta rata-ratanya memerlukan syarat 7A & ke atas mengikut kelayakan SPM pelajar.

PENGIKTIRAFAN

Di Iktiraf setanding IPTA tempatan

Micost merupakan insititusi pengajian tinggi yang diiktiraf dan mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kerajaan Negeri Melaka. Semua program yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA). 

Kata-kata Aluan Dari YAB Datuk Ketua Menteri Melaka

VIDEO PENGENALAN MICOST

SENARAI TAWARAN INSENTIF DAN BIASISWA

Kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukkan sejumlah RM 1 juta bagi menampung tawaran Bantuan Pendidikan khas bagi anak Melaka di mana setiap pelajar yang menyambung pengajian di MiCoST layak untuk menerima bantuan sebanyak RM 1,000

MiCoST bersama Kerajaan Negeri Melaka menawarkan bantuan Biasiswa Pengajian bagi pelajar yang menyambung pengajian khas bagi program kerjasama UiTM di mana pelajar akan di taja pengajian mereka sehingga graduasi

MiCoST menawarkan bantuan sebanyak RM 600 yuran asrama semester 1 bagi setiap pelajar yang menyambung pengajian mereka di MiCoST

SENARAI PROGRAM YANG DITAWARKAN DI MiCoST

ASRAMA PENGINAPAN & PRASARANA DI MICOST