Program Diploma Kewangan Islam direka untuk memperkenalkan pelajar kepada sistem kewangan berasaskan Syariah yang kini merupakan salah satu elemen yang paling pesat berkembang dalam perkhidmatan kewangan global. Program ini juga memberi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fiqh Muamalat, Ekonomi dari Perspektif Islam, Takaful, Pengurusan Risiko dalam kewangan Islam, Perakaunan Institusi Kewangan Islam, Tadbir Urus Korporat dalam Institusi kewangan Islam.
Di samping itu, pelajar juga akan akan mempelajari Matematik Perniagaan, Aplikasi Komputer, Statistik, Keusahawanan, dan Asas Perakaunan untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka dalam aspek komunikasi dan kemahiran insaniah. Sebagai program yang menekankan pembelajaran kendiri dan kemahiran secara hands-on, graduan dari program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan persaingan dalam dunia kewangan Islam.
SYARAT KEMASUKAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) KEPUJIAN dalam mana-mana subjek
DAN
LULUS : Matematik & Sejarah
Tempoh Pengajian
Sepenuh Masa
2.5 Tahun ║ 5 Semester
Peluang Kerjaya
Penolong Pegawai Akaun
Pembantu Eksekutif Perakaunan
Penolong Juruaudit Kewangan Islam
Penolong Perunding Takaful
Penolong Setiausaha Syarikat
Penolong Pegawai Bank Islam
Peluang Pendidikan Tinggi
Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam, UA / IPTS
Mana-mana bidang yang berkaitan dengan pentadbiran perniagaan dan sains pengurusan di UA / IPTS.
STRUKTUR PENGAJIAN
TAHUN 1
Fundamental of English
Bahasa Kebangsaan A
Principles of Management
Bahasa Arab Muamalat
Fundamentals of Islamic Finance
Islamic Economy System
Pengajian Malaysia 2
Co-Curriculum
Contract in Islamic Finance and Banking
Fundamentals of Islamic Finance
Usul Fiqh
Qawaid Fiqhiyyah
Islamic Financial Management
TAHUN 2
Moral & Etika Dalam Kehidupan Masyarakat di Malaysia